Daimyo pada Zaman Edo Daimyo

Selepas Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 yang menandakan permulaan zaman Edo, shogun Tokugawa Ieyasu menyusun atur semula kira-kira 200 orang daimyo dan wilayah-wilayah mereka ke dalam han, dan menaksir semua itu berdasarkan penghasilan beras mereka. Daimyo ialah mereka yang mengetuai han yang bernilai 10,000 koku (50,000 busyel) atau lebih. Ieyashu juga mengkelaskan daimyo berdasarkan serapat mana mereka dengan keluarga Tokugawa yang sedang memerintah: shinpan yang mempunyai hubungan darah dengan keluarga Tokugawa; fudai yang pernah menjadi vasal bagi keluarga Tokugawa atau sekutu semasa pertempuran Sekigahara; dan tozama yang tidak pernah bersekutu dengan keluarga Tokugawa sebelum pertempuran tersebut (tidak semestinya menentang Tokugawa).